Hadits Sekitar Sholat

Hadits Sekitar Sholat

1.    Rasulullah s.a.w bersabda : "Sholat berjemaah itu lebih afdal (baik) daripada sholat bersendirian dengan 27x derajat" H.R.Bukhari dan Muslim
2.    Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang sholat berjemaah kemudian duduk berzikir sampai terbit matahari kemudian sholat 2 rakaat (sunat dhuha) maka ia akan menerima pahala haji dan umrah yang sempurna" H.R.Tarmizi
3.    Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang berjalan untuk sholat fardhu maka pahalanya menyerupai orang yang mengerjakan haji dan jikalau ia berjalan untuk sholat sunat maka pahalanya menyerupai orang yg mengerjakan umrah sunat" H.R.Attabrani

4.    Rasulullah s.a.w bersabda : "2 rakaat sholat sunat fajar itu pahalanya lebih baik daripada dunia seisinya" H.R. Muslim & Tarmizi
5.    Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang sholat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka" H.R.Attabrani
6.    Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya apabila seseorang hamba berdiri untuk sholat maka diletakkan semua dosa-dosanya diatas kepala dan kedua bahunya. Setiap kali ia rukuk atau sujud akan berjatuhlah dosa-dosanya itu" H.R.Attabrani
7.    Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang tetap mengerjakan sholat sunat sebelum dan selepas dhuhur sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka H.R.Abu Daud & Tarmizi
8.    Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang berwuduk dengan tepat maka keluarlah dosa dari tubuhnya sehingga dari bawah kukunya juga" H.R.Muslim
9.    Rasulullah s.a.w bersabda : "Malaikat akan berdoa untuk kau selama kau masih berada didalam masjid dan melaksanakan sholat dan selama kau tidakberhadas. Berkata Malaikat "Ya Allah ampunilah beliau dan turunkanlah RahmatMu kepadanya" H.R.Bukhari
10.    Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang sholat Isyak berjemaah maka bagaikan bangkit (beribadah) ½  malam dan (pada esok paginya) ia mengerjakan sholat Subuh secara berjemaah juga maka (pahalanya) bagaikan bangkit semalaman (penuh).  H.R.Muslim & Ahmad
11.    Rasulullah s.a.w bersabda : "Apabila kau rasa ada angin didalam perutmu kemudian kau ragu adakah ianya telah keluar atau belum, maka janganlah keluar dari sholatmu sehingga terang terdengar suara atau tercium baunya" H.R.Muslim
12.    Rasulullah s.a.w bersabda : "Tidak takutkah orang yang mengangkat kepalanya sebelum imam (mengangkat kepalanya), kelak akan digantikan kepalanya dengan kepala  kaldai" H.R.Sahih Muslim
13.    Rasullulah s.a.w bersabda : "Sholat dengan bersiwak (mengosok gigi) lebih afdal (baik) dari 70x sholat tanpa siwak" H.R.Zanjawaih & Hakim
14.    Rasullulah s.a.w bersabda : "Sholat sunat atau fardhu dengan menggunakan serban menyamai 25x sholat yang tidak menggunakan serban dan sholat jumaat dengan menggunakan serban menyamai 70x Jumaat tanpa menggunakan serban" H.R.Ibn'Asakir
15.    Rasulullah s.a.w bersabda : "Malaikat senantiasa berdoa untuk kau selama ia berada ditempat yang ia sholat padanya, selagi ia tidak berhadas" H.R.Bukhari & Muslim
16.    Rasulullah s.a.w bersabda : "Apabila imam bangkit dari rukuk serta membaca doa, maka hendaklah kamu  membaca "Allahuma Rabbana lakalhamdu" kerana sesiapa yang berkebetulan bacaannya dengan bacaan Malaikat, pasti diampunkan dosanya yang telah lalu" H.R.Bukhari & Muslim
17.    Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya Allah memberi rahmat dan mailakatNya pula mendoakan bagi orang-orang yang sholat pada shaf yang pertama" H.R. Ahmad & Abu Daud
18.    Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang berwuduk padahal ia masih ada wuduk, maka dicatat untuknya sepuluh hasanat" H.R.Abu Dawud
19.    Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang meninggalkan sholat dengan sengaja, maka ia kafir terang-terangan" H.R.Attabrani

Belum ada Komentar untuk "Hadits Sekitar Sholat"

Posting Komentar

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel